non dairy whipping cream

Kadangkala non-dairy whipping cream (krim putar bukan tenusu) yang kita gunakan tidak habis dan tidak lagi gunakan dalam masa terdekat. Jadi, entri kali ini MyResipi ingin kongsikan tip dan cara menyimpannya supaya tidak mudah rosak.

Pertama sekali, kita perlu tahu perbezaan antara non-dairy whipping cream (fresh cream) dan dairy whipping cream. Hal itu kerana, kedua-kedua krim putar ini berbeza fungsi.

Krim putar bukan tenusu adalah berasaskan sumber tumbuhan/kelapa sawit, sangat stabil dan sesuai digunakan untuk filling dan dekorasi kek.

Manakala, dairy whipping cream berasaskan sumber tenusu yang sering digunakan sebagai pemekat atau bahan campuran dalam membuat cheesecake, tiramisu, mousse, pencuci mulut, aiskrim dan ganache. Ia tidak sesuai digunakan untuk topping kek kerana tidak stabil.

Baca juga: Krim Putar Rosak Sebab ‘Overbeat’? Jangan Buang Sebab Masih Boleh Diguna…

CARA SIMPAN BAKI KRIM PUTAR BUKAN TENUSU (NON DAIRY WHIPPING CREAM)

non dairy whipping cream

Berikut merupakan cara simpan baki krim putar bukan tenusu (fresh cream):

1. Mula-mula goncang kotak terlebih dahulu. Wajib goncang betul-betul seperti menggoncang masa pertama kali guna.

2. Kemudian, masukkan krim putar ke dalam plastik piping bag.

3. Krim putar mesti disimpan di dalam peti sejuk pada bahagian sejuk beku, bukan di bahagian chiller (bahagian bawah).

4. Ikat plastik dengan kemas dan pastikan tiada ruangan udara yang besar.

5. Pastikan guna dalam tempoh sebulan kerana krim akan rosak dan berubah warna.

6. Jika mahu digunakan, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan cair sebelum diguna. Semoga bermanfaat!

Sumber: Ummi Nuha Share

Baca juga: Cara Buat Dadih Homemade Tanpa Guna Dadih Segera, Mudahnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN