cara simpan ikan

Anda yang sering memasak di rumah mesti akan ke pasar untuk beli barang basah seperti ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran. Sebenarnya ada cara simpan ikan paling mudah tau.

Sesetengah orang terlalu sibuk dengan tugas seharian sampaikan tiada masa untuk beli barang dapur setiap hari. Nak pergi kerja, mengurus keluarga dan banyak lagi.

Oleh sebab itu, ramai memilih untuk borong barang dapur dan jadikannya sebagai stok sebulan. Antara barang dapur yang perlu diambil berat ialah barang basah seperti ikan.

Baca juga: Cara Simpan Daun Pandan Supaya Kekal Segar, Berbulan Pun Boleh Tahan

Stok ikan memang sentiasa ada dalam peti sejuk memandangkan ia lauk kegemaran selain ayam. Ramai tertanya bagaimana mengekalkannya supaya segar dan tahan lama.

Tiada masalah untuk simpan stok ikan yang dibeli ini dalam bahagian sejuk beku beberapa lama sekalipun. Terdapat cara paling mudah yang perlu anda lakukan.

Cara simpan ikan ini dikongsi oleh shazana.shahimi melalui video di TikTok. Jom cuba!

CARA SIMPAN IKAN PALING MUDAH

cara simpan ikan

1. Nak pastikan ikan itu sentiasa segar, susun ikan dalam bekas sebelum anda simpan dalam bahagian sejuk beku.

2. Isikan air sama paras ke dalam bekas sehingga menutupi ikan tersebut.

3. Simpan di bahagian sejuk beku, apabila nak guna anda cuma keluarkan dan alirkan air untuk cairkan aisnya.

Memang tak sangka sebenarnya cara simpan ikan semudah ini. Anda akan berasa puas hati dengan hasilnya.

cara simpan ikan

Apabila dikeluarkan, ikan kelihatan segar walaupun sudah berada dalam peti ais lebih sebulan, bermakna cara ini sungguh menjadi.

Paling menarik, anda boleh gunakan cara mudah seperti ini untuk semua jenis seafood tau.

Dengan cara yang sangat menarik ini, anda tak perlu risau untuk beli ikan yang banyak lagi bukan?

Jika ada keluarga atau kawan-kawan yang bertanya tentang cara simpan ikan, anda boleh kongsikan tips ini kepada mereka.

Semoga cara ini berguna buat anda di rumah!

Sumber: shazana.shahimi

Baca juga: Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN