daun salam

Siapa sangka sebenarnya banyak khasiat di sebalik daun salam atau daun bay ini. Daun ini terbukti mampu memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Daun bay dipercayai boleh menurunkan tekanan darah tinggi, kolesterol, merawat cirit-birit, mengatasi ulser, diabetes dan membantu menurunkan berat badan.

Baca juga: Ini Cara Simpan Bunga Kantan Supaya Tahan Lama, 3 Bulan Pun Masih ‘Fresh’!

Selain itu, daun ini berfungsi sebagai penyedap dalam masakan kerana aromanya yang wangi. Ia akan membuat rasa masakan anda lebih sedap.

Biasanya daun bay hanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit ketika memasak, bakinya akan disimpan di dalam peti ais.

Namun begitu, jika tidak disimpan dengan betul. ia akan bertukar menjadi lebam dan busuk.

Jadi, mari MyResipi kongsikan cara menyimpan daun salam supaya tahan lama dan masih segar ketika digunakan.

CARA SIMPAN DAUN SALAM SUPAYA KEKAL SEGAR

Cara-caranya:

1. Letakkan 2-3 helai daun salam dalam plastik kecil bersama air.

2. Apabila mahu digunakan, cairkan air yang membeku terlebih dahulu. Hasilnya, daun masih ‘fresh’ macam baru dibeli.

3. Apa-apa jenis daun boleh digunakan dengan cara ini. Contohnya daun limau purut, daun kunyit, bunga kantan dan lain-lain.

Sumber: Nana Sabrina Sarsan via Masak Apa Hari Ini (MAHN)

Baca juga: Tips & Cara Simpan Limau Kasturi. Baru Tahan Lama, Mudah Guna & Tak Membazir

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN