daun salad

Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghias makanan, malah ia juga enak dimakan begitu sahaja.

Selain itu, salad juga sering digunakan dalam roti atau sandwich dan juga pelengkap kepada hidangan nasi ayam.

Sayur ini selalunya digunakan dalam jumlah yang kecil. Oleh itu, pasti akan ada banyak lebihan sayur yang tidak habis diguna.

Baki daun ini pastinya akan disimpan dalam peti sejuk. Jika tidak digunakan dengan segera, ia akan cepat menjadi rosak dan layu.

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan petua simpan daun salad agar lebih tahan lama. Lebih 3 minggu pun ia masih segar seperti baru dipetik.

Baca juga: Cara Simpan Daun Pisang Agar Tahan Lama Lebih Seminggu, Tak Cepat Layu!

CARA SIMPAN DAUN SALAD TAHAN LAMA

Petua simpan salad ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Nur Fitriyana. Berikut merupakan perkongsian lengkap oleh beliau:

“Cara saya simpan daun salad untuk kekal segar dan tahan lama. Walaupun 2 hingga 3 minggu dalam peti ais, salad kekal segar dan elok.

Daun perlu dibasuh dahulu, setiap lapisan susunan daun perlu lapik tisu kering dan disimpan dalam bekas tertutup.”

Sumber: Facebook Nur Fitriyana via Diet Suku Suku Separuh

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama, Berminggu Pun Tak Rosak & Masam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN