Categories: Tips & Petua

Cara Siang Sotong Ikut Jenis, Panduan Lengkap Bagi Yang Nak Belajar

Bagi anda yang baru mula belajar memasak, mari belajar cara siang sotong mengikut jenis. Ini panduan lengkap yang anda boleh ikuti. 

Umum mengetahui bawah sotong adalah sumber makanan laut yang kaya dengan protein, mineral, asid lemak, dan vitamin. Terdapat banyak manfaat jika mengambil sotong dalam pemakanan harian, termasuklah membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’

Bagaimanapun, bagi individu yang mengalami resdung atau alahan terhadap makanan laut, tidak digalakkan untuk mengambil sotong.

Jika masih ingin mengambil sotong, cara penyediaan yang betul mungkin dapat membantu mengurangkan kemungkinan reaksi alergi. Berikut adalah cara-cara penyediaan sotong mengikut jenisnya.

CARA SIANG SOTONG MENGIKUT JENIS

1. Sotong Torak dan Sotong Cumi/Jejarum

Sotong Jenjarum

Sotong Torak

  • Sediakan papan pemotong dan pisau tajam.
  • Letakkan sotong di atas papan pemotong dan pisahkan kepala dari badannya.
  • Buang dakwat hitam yang terdapat di dalam badan sotong dan kantung dakwat di kepala.
  • Hiris sotong dengan hati-hati, pastikan untuk membuang biji mata sotong.
  • Hiris sotong secara menegak di bahagian kepala, pastikan tidak terbelah dua.
  • Buang gigi sotong.
  • Buang tulang belakang dan kulit ungu pada badan sotong.
  • Potong badan sotong mengikut kesesuaian.

2. Sotong Tanpa Memotong Kepala

  • Potong sedikit badan sotong dengan gunting tajam.
  • Buang kantung dakwat pada kepala sotong.
  • Buang pasir atau ikan kecil yang terdapat dalam badan sotong.
  • Hiriskan mata sotong dengan pisau tajam di bahagian tengah.
  • Buang gigi sotong dengan menekan kepala sotong.
  • Bersihkan dengan air sebelum memasak.

3. Sotong Katak

  • Potong perut sotong dengan berhati-hati.
  • Tarik kepala sotong keluar dan buang isi perut yang tidak diperlukan.
  • Pisahkan kantung dakwat pada kepala sotong.
  • Tarik keluar tulang belakang sotong.
  • Belah badan sotong menjadi empat bahagian.
  • Potong mengikut keinginan.

4. Sotong Kembang

Sotong kembang boleh didapati di kedai untuk dibuat masak sambal. Contohnya, sambal merah dan sambal hijau.

Namun begitu, kaedah menyiang sotong ini agak berbeza dari sotong biasa. Ada teknik rendaman tersendiri untuk menghilangkan bau hanyir sotong kembang.

Begitu juga dengan cara membuang selaput di permukaan sotong dan cara pemotongan yang betul.

  • Rendam sotong kembang dalam campuran garam kasar, lemon, dan air selama 15 minit.
  • Pisahkan kepala dari badan sotong dan buang lapisan berlendir.
  • Potong mengikut keinginan.

Nota: Tujuan rendaman dengan garam dan lemon adalah untuk menghilangkan bau hanyir, membuang lendir dan mengenyalkan sotong.

Kesimpulan

Hendak menyiang sotong ini senang dan mudah sahaja sebenarnya. Orang yang tak pernah buat pun boleh jadi profesional kalau ikut langkah demi langkah ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: Youtube

Baca juga: Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Buang Kotoran

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago