Cara rebus pucuk ubi pun ada tekniknya yang tersendiri kerana sayur ini mempunyai ‘bisa’ yang boleh menyebabkan seseorang mudah diserang sakit kepala atau mudah diserang angin sampai berasa sebu.
Sebenarnya ada petua yang perlu dilakukan semasa merebus pucuk ubi untuk mengelakkan tidak sedap badan, badan berangin, berat kepala dan pelbagai lagi kesan daripada makan pucuk ubi.
Jom praktikkan petua yang telah dikongsi oleh Puan Saleha Maarof. Menurutnya, petua ini telah diamalkan oleh ibunya setiap kali merebus pucuk ubi. Ibunya yang dulu alahan dengan pucuk ubi, kini boleh makan tanpa kesan sampingan.
Cara Rebus Pucuk Ubi Untuk Elak Badan Berangin & Sakit Kepala
Nak tahu bagaimana caranya? Jom baca perkongsiannya di bawah.
1. Masukkan sedikit beras semasa nak rebus pucuk ubi itu.
2. Rebus sampai empuk lembut. Nak rebus sekali dengan batang pun boleh, tak nak pun tak apa ikut selera masing-masing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama.
Tips ni pun boleh buat untuk nak masak apa-apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu, boleh cuba petua yang sama.
Jadi sesiapa yang hadapi masalah yang sama tu boleh cuba petua ini, dah tak ada masalah untuk kita nak menikmati sayur kampung ini untuk dibuat ulam kan.
Kredit: Mamaa Sal