cara pilih lobak merah

Salah satu sayuran yang paling ramai suka masak ialah lobak merah. Tapi, sudahkah anda tahu cara pilih lobak merah yang betul?

Lobak merah adalah sayuran umbisi berwarna oren atau oren kemerah-merahan. Namun, terdapat juga warna lobak selain daripada warna oren iaitu putih, jingga, ungu dan kuning.

Jika dimakan secara segar, lobak merah mempunyai tekstur yang keras dan rangup, tapi ada juga antara mereka yang memakannya sebagai ulam.

Apabila dimasak, lobak merah akan jadi lebih lembut. Oleh itu, ramai yang suka gunakannya sebagai sayuran atau sampingan dalam nasi goreng, mee goreng dan banyak lagi.

Anda yang suka makan lobak merah kena tahu cara pilih lobak merah yang segar supaya masakan tiada rasa pahit. Mari kami ajar!

Baca juga: Tip Pilih Bawang Merah & Bawang Putih Yang Elok, Baru Tak Terbeli Yang Busuk!

CARA PILIH LOBAK MERAH YANG SEGAR

cara pilih lobak merah

1. Lobak merah harus mempunyai batang yang lurus.

Jika diperhatikan sewaktu memilih lobak merah, anda akan perasan sesetengah daripadanya mempunyai batang yang bengkok. Cuba elakkan dan pilih yang mempunyai batang lurus saja.

2. Pilih lobak merah yang bersaiz sederhana dan tak terlalu besar.

Ramai yang lebih suka lobak merah bersaiz besar kerana boleh digunakan untuk pelbagai masakan, sedangkan yang bersaiz sederhana mempunyai rasa yang lebih manis.

3. Pastikan lobak merah mempunyai kulit yang berwarna oren terang.

Jangan lupa untuk pastikan lobak merah yang dipilih mempunyai warna oren terang kerana ia menunjukkan lobak merah itu mempunyai kualiti yang baik dan berkhasiat.

4. Tiada lubang atau calar pada permukaan lobak merah.

Periksa lobak merah yang dipilih agar tiada lubang dan calar pada permukaannya kerana lubang pada lobak merah menandakan haiwan perosak telah memasukinya dan kualiti bahagian dalam telah terjejas.

5. Pilih lobak merah yang berdaun lebih segar dan tak layu.

Ramai yang skip langkah ini sedangkan ia sangat penting kerana daun lobak merah yang hijau dan segar menandakan kualitinya masih baik kerana baru dituai.

cara pilih lobak merah

Begitulah cara pilih lobak merah yang sebenarnya tak susah pun untuk memastikan sama ada segar atau tak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Pasa Skudai

Baca juga: Tip Simpan Sayur Tahan Lama Dalam Peti Sejuk, Sebulan Dua Tetap Segar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN