Categories: Informasi

Hati-hati, Jangan Panaskan 9 Makanan Ini Dalam Microwave!

“Ohh baru tahu, nak panaskan makanan guna microwave pun ada caranya…”

Microwave atau ketuhar gelombang mikro merupakan salah satu perkakasan dapur versatil yang sering digunakan untuk memanaskan lauk atau memasak sesuatu makanan.

Namun begitu, tahukah anda bukan semua makanan boleh dimasukkan ke dalam microwave? 

Jom kita semak senarai makanan yang perlu kita elak dari dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro di bawah.

Baca juga: Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Semula, Nombor 7 Paling Ramai Buat!

Panaskan Makanan Guna Microwave, Awas Jangan Letak Makanan Ini!

1. Telur rebus

Jika memanaskan telur rebus dalam microwave, telur rebus boleh meledak dan menyebabkan ruangan dapur menjadi kotor.

Hal ini disebabkan oleh keberadaan wap dalam telur rebus yang tidak boleh dilepaskan menerusi putih telur sehingga menjadi satu bentuk tekanan.

2. Daging beku

Jika terlupa untuk keluarkan daging dari peti ais untuk dimasak, cara mudah untuk cairkannya adalah dengan menggunakan microwave.

Namun begitu, cara ini bukanlah yang terbaik kerana hanya bahagian luar yang masak manakala bahagian dalamnya masih beku.

Ia juga akan menyebabkan bakteria mudah membiak pada daging. Tetapi jika tetap mahu menggunakan microwave kerana kesuntukan masak, pastikan daging terus dimasak sebaik saja selepas siap ‘defrost’.

Cara yang paling terbaik dan selamat untuk ‘defrost’ adalah dengan mengeluarkan daging beku dan membiarkan daging mencair pada suhu bilik selama beberapa jam.

Selepas daging sudah mencair, elakkan dari menyimpan semula ke dalam peti sejuk. Sebaiknya, selepas anda membeli daging, asingkan ia dalam kuantiti yang secukupnya untuk sekali masak.

3. Susu badan

Memanaskan susu badan dalam microwave bukan saja membuatkan tahap nutrisi semulajadinya berkurang, malah ia juga membuatkan suhu tidak panas dengan sekata.

Cara paling selamat untuk panaskan susu badan adalah dengan melekkannya di dalam bekas yang berisi air suam. Biarkan sehingga susu mencapai suhu yang sesuai.

Anda juga boleh membeli warmer yang dikhususkan untuk botol susu.

4. Sosej & daging berproses

Seperti yang kita sudah tahu, daging diproses seperti sosej, burger dan seumpanya tidak elok untuk kesihatan.

Kajian mendapati, kualitinya akan lebih teruk jika dipanaskan semula di dalam microwave setelah dimasak.

Bukan itu saja, melalui proses dimasak, disimpan dan dipanaskan semula akan menyebabkan kolestrol tidak baik akan bertambah dalam daging tersebut.

Kaedah ini juga seterusnya akan memudaratkan salur darah dan boleh menyebabkan sakit jantung.

5. Lauk ayam

Memanaskan ayam di dalam microwave juga akan mengubah komponen proteinnya dan seterusnya boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak lancar.

Cara terbaik adalah dengan memanaskan lauk di atas dapur gas supaya keseluruhan ayam panas dengan rata dan selamat untuk dimakan.

6. Kuah yang pekat

Kuah pekat seperti kuah pasta, sambal atau kuah kacang tidak sesuai dipanaskan di dalam microwave. Hal itu kerana kuahnya yang pekat menyebabkan haba terkumpul dan sukar untuk tersebar.

Akibatnya, anda akan mendengar bunyi meletup-letup dalam microwave semasa sedang memanaskan kuah yang pekat. Microwave anda juga akan kotor kerana kuah terpercik-percik.

Teknik terbaik adalah dengan memanaskan di atas api gas. Pastikan kacau supaya panas dengan sekata.

7. Makanan dalam bekas

Seringkali kita membeli makanan yang dijual di dalam bekas seperti styrofoam, kotak, bekas plastik dan sebagainya. Sebelum memanaskannya di dalam microwave, pastikan bekas tersebut dilabel dengan ‘microwavable product’.

Jika bekas tidak mempunyai label tersebut, boleh menyebabkan bekas mencair, terbakar dan membebaskan bahan yang beracun ke dalam makanan anda.

8. Cendawan, bayam dan saderi

Jika memasak lauk yang mengandungi sayur cendawan, pastikan makan dengan segera selepas siap dimasak. Jika disimpan dan dipanaskan kemudian, kualiti proteinnya akan berkurang.

Selain cendawan, sayur bayam dan saderi juga tidak elok dipanaskan di dalam microwave. Hal itu kerana, kandungannya akan menjadi toksik dan seterusnya boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan.

9. Kentang

Jika membiarkan kentang yang sudah dimasak pada suhu bilik sehingga sejuk, ia akan mengalakkann pertumbuhan bakteria botulism.

Memanaskan kentang di dalam microwave juga tidak akan boleh membunuh bakteria itu. 

Oleh itu, pastikan anda memakan kentang yang dimasak dengan kadar yang segera sebelum ianya sejuk.

Sumber rujukan: SirapLimau

Baca juga: Orang Lama Kongsi 3 Bahan Wajib Letak Supaya Masakan Lebih Sedap

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

1 day ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

1 day ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

1 day ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

1 day ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

1 day ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

1 day ago