Minum petang paling sedap jika dapat makan sesuatu yang ringkas seperti Roti Jala. Nak mencarinya agak susah, jadi anda boleh belajar cara membuat Roti Jala sendiri di rumah.
Roti Jala adalah makanan yang popular di kalangan orang Melayu dan Minangkabau, serta sering dijadikan sebagai sajian minum petang di rumah.
Buat anda yang baru belajar, boleh cuba resipi dengan langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Najwa Abd Razak di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Apam Balik Crispy Ala Pasar Malam, Boleh Buat Sendiri Di Rumah Tanpa Guna Minyak!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan semua bahan kecuali pewarna kuning dalam mangkuk. Kemudian, kacau sedikit semua bahan.
2. Jika rajin, boleh kacau guna whisk sampai semua sebati. Jika kurang rajin, bolehlah kisar semua bahan guna blender dan titikkan pewarna kuning.
3. Selepas itu, masukkan adunan tepung ke dalam botol muncung tiga. Beli botol yang muncungnya tak berlubang sebab kena potong muncung itu sendiri. Potong sedikit saja hujung muncung.
4. Seterusnya, kirai roti jala dalam kuali. Boleh kirai ikut selera sendiri sama ada suka kirai jalanya bulat atau segi empat seperti ini.
5. Akhir sekali, lipat dan gulungkan jalanya. Siap untuk dihidang!
Cara membuat Roti Jala ini sungguh mudah sampaikan mereka yang tak tahu membuatnya sebelum ini, tiba-tiba saja jadi semakin mahir.
Roti Jala ini sangat sedap dinikmati bersama kuah kari. Selain itu, anda boleh juga buat Roti Jala menggunakan bunga telang yang lazat digandingkan bersama kuah durian.
Bagi mendapatkan warna biru, anda boleh gunakan cara membuat Roti Jala ini dengan hanya ramas bunga telang bersama air panas dan tapis untuk dapatkan airnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Najwa Abd Razak
Baca juga: Resepi Roti Jala Sukatan 1kg Tepung, Tahan 2 Hari Dengan Cara Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…