PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-12 23:16:50

Memandangkan cuaca di negara kita kini agak panas, ini yang akan menyebabkan kita cepat haus. Jadi, sudah pasti orang ramai ingin melegakan tekak dengan sesuatu yang sejuk. Contohnya seperti cendol, fuhhh kalau dapat waktu panas-panas ini mesti nikmat tak terkata! Namun, disebabkan COVID-19 ini masih lagi berleluasa, kebanyakan gerai cendol tidak beroperasi sebagai langkah berjaga-jaga. 

Jangan risau, anda masih boleh cuba membuat cendol di rumah sendiri dengan cara yang lebih mudah. Tidak perlu menggunakan mesin parut ais kerana anda cuma perlu bekukan sahaja santan dan susu! Oleh itu, jom ikuti perkongsian resipi daripada Rena Masni Hamdan dari laman Facebook. 


Kredit: Mashable SEA

Bahan-bahan: 

  • 1 paket kecil santan kelapa sawit 

  • ¼ tin susu cair  

  • 1 paket susu cair  

  • 1 sudu kecil garam halus 

  • 2 sudu jagung cream dalam tin 

  • Air gula 

 

Cara-cara: 

  1. Bancuh santan dan susu cair bersama 1 liter air masak dan garam. Kemudian, kacaukan hingga sebati. 


    Kredit: Cikguzim

  1. Simpan santan sehingga tahap sejuk bekunya menampakkan seperti ais kristal. Elakkan santan menjadi terlalu beku kerana ia akan mengambil masa untuk pecahkan ais itu semula. 


    Kredit: Mingguan Wanita

  2. Setelah ais sudah cukup dibekukan, campurkan bersama bahan-bahan cendol lain dalam bekas dan adukkan. 


    Kredit: Mingguan Wanita

Siap! Resipi ini sememangnya sangat mudah dan cepat! Boleh dimakan sambil menonton televisyen waktu petang bersama keluarga. Selamat mencuba! 


Kredit: Mingguan Wanita

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN