cara masak tempe goreng

Cara masak tempe goreng ini memang lain dari biasa. Sekiranya anda penggemar makanan yang rangup dan berempah, memang kena cuba resipi ini.

Apa yang lagi menarik, tekstur di luarnya rangup tapi di dalam lembut. Kalau cicah dengan sambal kicap, memang cukup power!

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook di bawah.

Baca juga: Jangan Buang Tempe Berbau, Rupanya Sedap Jika Goreng Ikut Cara Ini

CARA MASAK TEMPE GORENG UNIK DARI BIASA

cara masak tempe goreng

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (jumlah yang sama dengan tepung gandum)
  • Tepung gandum (jumlah yang sama dengan tepung beras)
  • 1 sudu jintan putih
  • Serbuk kunyit
  • Daun kari (digunting halus)
  • Air
  • Perencah sedap (atau garam jika tiada perencah sedap)
  • Tempe (untuk digoreng)

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung beras dan tepung gandum dalam jumlah yang sama.
  2. Tambahkan sesudu jintan putih dan serbuk kunyit.
  3. Gunting daun kari halus dan masukkan ke dalam campuran tepung.
  4. Masukkan air dan perencah sedap (atau garam jika tiada perencah sedap).
  5. Gaul semua bahan hingga sebati.
  6. Masukkan tempe dan gaul rata.
  7. Goreng tempe sehingga keemasan.
  8. Siap untuk dihidang! Selamat mencuba.

Sumber: Salmah Muhamad

Baca juga: Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN