Bila dah tiada idea nak masak apa, jom cuba Nasi Ayam Briyani yang lazat ini.
Cara membuatnya juga sangat mudah tapi sangat sedap dan membangkitkan selera.
Jom lihat resipinya di bawah yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira. Selamat mencuba!
1. Cairkan minyak sapi adela dan masukkan rempah 4 sekawan, lada hitam dan kacau.
2. Masukkan pula bawang kecil, bawang putih, buah tomato dan daun pandan. Kacau rata sehingga bawang-bawang layu.
3. Masukkan sos, kuah ayam beriani, kiub pati ayam dan gula kacau sebati. Kemudian masukkan beras, susu cair serta air. Sukatan air sama seperti masak nasi biasa cuma lebihkan sedikit sahaja kacau perlahan sebatikan, masuk daun ketumbar. Tutup periuk.
4. Bila nasi separuh masak, masukkan 2-3 ketul lauk ayam beriani. Tutup periuk tunggu hingga nasi masak. Setelah nasi masak terus gemburkan perlahan-lahan untuk cantikkan nasi.
5. Siap untuk dihidang.
Kredit: Aisyah Humaira
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…