cara masak ayam buttermilk

Berbeza dengan cara masak ayam buttermilk yang berkuah, versi kering ini memang terbaik! Teksturnya rangup dan rasa pedas memang menyengat.

Apa yang paling best, resipi ayam buttermilk versi ini takkan buat anda rasa muak walaupun makan dalam kuantiti yang banyak.

Dengan bahan-bahan yang mudah dicari dan cara memasak yang ringkas, anda wajib mencubanya sendiri di rumah! Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Madu Sedap Menjilat Jari, Rasa Sebiji Ala Kedai Mamak

CARA MASAK AYAM BUTTERMILK VERSI KERING PEDAS

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Campuran tepung ayam goreng serbaguna original dan pedas (mana-mana jenama)
  • Telur
  • Planta
  • Butter
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Cabai melaka
  • 1 tin susu cair
  • Serbuk cili pedas
  • Cheese arab (jika ada)

Cara-cara:

1. Isi ayam dipotong kecil mengikut saiz yang disukai. Kemudian gaulkan dengan campuran tepung ayam goreng serbaguna original dan pedas.

2. Pecahkan juga telur ke dalam ayam dan sambung gaul sehingga sebati.

3. Kemudian, salutkan ayam dengan campuran tepung ayam goreng serbaguna original dan pedas yang kering.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

5. Sediakan kuali, letak planta dan biarkan cair. Kemudian, tumis bawang putih, daun kari dan cabai melaka sehingga garing.

6. Kemudian, masukkan pula butter dan cheese arab.

7. Seterusnya, tuangkan 1 tin susu cair.

8. Apabila kuah menggelegak, letakkan serbuk cili pedas.

9. Kacau sebati dan tunggu sehingga berbuih.

cara masak ayam buttermilk

10. Bila dah berbuih, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.

11. Kacau sehingga kuah bersalut rata dengan ayam.

cara masak ayam buttermilk

12. Apabila kuah sudah surut, tutup api dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba!

cara masak ayam buttermilk

Kredit: Kita Suka Makan

Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Yang Pekat Elok, Rupanya Ada Rahsia Kena Ikut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN