cara hilangkan getah nangka

Susah betul nak hilangkan getah buah yang melekat pada pisau. Sental dua tiga kali pun belum tentu tanggal. Rupanya ada cara hilangkan getah nangka atau pisang yang melekat pada pisau.

Ada banyak cara dan petua yang sering digunakan oleh orang dulu-dulu untuk menanggalkan kesan getah tersebut. Ada orang alirkan air pada buah nangka yang dipotong. Tapi bagaimana pula dengan pisang? Tentu caranya tidak sama.

Kalau nak tahu apa teknik tersebut, boleh rujuk perkongsian oleh Puan Wan Zamilah Yusuf di bawah.

Baca juga: Resipi Sayur Peria Goreng Telur, Ini Tips Hilangkan ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan

CARA HILANGKAN GETAH NANGKA & PISANG PADA PISAU

Cara-caranya:

1. Sapu minyak masak pada pisau yang mempunyai kesan getah pisang atau nangka tersebut. Lumur sehingga rata dan meliputi keseluruhan pisau.

 cara hilangkan getah nangka

2. Kemudian, letakkan pisau di atas dapur. Hidupkan dapur gas dan panaskan pisau menggunakan api kecil sahaja.

3. Apabila agak-agak pisau sudah panas, terus sapu pada kain (lebih baik guna tisu dapur tebal, kalau guna kain nanti perlu fikir cara nak cuci kain pula).

4. Kemudian, basuh pisau dengan sabun dan bilas dengan air sehingga bersih. Hasilnya, pisau bebas dari getah dan bersih berkilat! Semoga bermanfaat.

 cara hilangkan getah nangka

Sumber: Wan Zamilah Yusuf

Baca juga: Tips Beli Buah Nanas Manis & Dijamin Tak Masam, Kena Pandai Pilih Baru Tak Menyesal!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN