Ayam berbau hanyir dan tidak segar walaupun baru dibeli? Mungkin ia disebabkan oleh cara pembersihan yang tidak betul.
Jika salah cara setiap kali membersihkan ayam, ia akan tidak tahan lama dan cepat berbau meskipun setelah dimasak.
Rupanya ada cara supaya ayam kembali segar dan kemerahan. Tips ini juga sesuai digunakan jika mahu menyimpan ayam di dalam peti sejuk beku dalam tempoh yang lama.
Menurut perkongsian oleh Rohaida Ieda, petua ini dijamin berkesan kembalikan kesegaran ayam. Mari ikuti perkongsiannya di bawah.
Baca juga: Nak Tahu Beza Ayam Lama & Baru? Ini 5 Tips Memilih Ayam Segar Di Supermarket Atau Pasar
Petua saya untuk bagi isi ayam kembali segar:
1. Ambil sedikit garam dan taburkan pada ayam yang sudah dicuci. Lumurkan sehingga rata.
2. Kemudian, biarkan selama 5 minit.
3. Seterusnya, cuci ayam seperti biasa. Isi ayam akan kembali kemerahan dan nampak segar.
Jika ayam masih berbau, mungkin ayam tersebut sudah lama dan hampir menjadi bangkai. Jadi, mari kita baca tips memilih ayam segar seperti di bawah:
Sumber: Rohaida Ieda, Bidadari
Baca juga: 7 Tips Pilih Cempedak Yang Manis & Isi Meriah, Baru Tak ‘Frust’ Beli Mahal-Mahal
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…