cara goreng ikan siakap

Pada entri kali ini, kami ingin kongsikan cara goreng ikan siakap besar supaya tak melekat dan kekal rangup! Pasti ramai yang pernah alami situasi di mana ikan besar sering melekat pada kuali kan?

Oleh itu, MyResipi ingin kongsikan beberapa tips simple menggunakan bahan-bahan ringkas seperti garam, serbuk kunyit, dan tepung jagung untuk pastikan ikan kekal rangup. Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.

 Baca juga: Ikan Bawal Masam Manis, Resipi Mudah Hanya Campak-Campak

CARA GORENG IKAN SIAKAP BESAR

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Bersihkan ikan siakap dan pastikan sudah dikeringkan dengan tisu dapur untuk menghilangkan kelembapan.

2. Lumur garam dan serbuk kunyit ke seluruh permukaan ikan sehingga rata. Perapkan seketika selama 30 minit.

3. Kemudian, lumur tepung jagung ke seluruh permukaan ikan.

4. Panaskan minyak dalam jumlah yang mencukupi di dalam kuali dengan api sederhana hingga panas. Pastikan minyak mencukupi supaya ikan tidak melekat pada dasar kuali.

5. Masukkan ikan ke dalam kuali dengan berhati-hati ke dalam minyak yang telah panas.

6. Bila daging sudah kelihatan separuh masak, terbalikkan ikan dan masak pada bahagian yang sebelah lagi.

7. Goreng sehingga ikan masak dengan sempurna.

8. Selamat mencuba!

Kredit: Youtube Hanjuan

Baca juga: Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Yang Pekat & Tak Cair, Ada 3 Petua Kena Ikut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN