Rupanya ada cara cuci papan pemotong yang sudah hitam dan berdaki. Ada sesetengah orang berasa sayang nak buang walaupun harganya murah saja jika beli yang baru.
Papan pemotong ini sering digunakan untuk memotong apa saja seperti lauk mentah, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Lama kelamaan, pasti ia akan menjadi calar-balar, berdaki dan berkulat.
Oleh itu, mari MyResipi kongsikan cara mudah dan berkesan untuk membersihkan papan pemotong anda dengan menggunakan 3 bahan dapur iaitu, limau nipis, baking soda dan cuka.
Baca juga: Cara Cuci Cawan ‘Berkerak’ Tanpa Guna Peluntur, Terus Nampak Macam Baru!
CARA CUCI PAPAN PEMOTONG HITAM
Bahan-bahan:
- Limau nipis
- Baking soda
- Cuka
Cara-cara:
1. Belah limau nipis kepada dua bahagian.
2. Kemudian, taburkan baking soda ke atas permukaan papan pemotong.
3. Gosok papan pemotong menggunakan limau nipis yang sudah dipotong tadi. Biarkan seketika selama 10 minit.
4. Selepas itu, ambil potongan limau yang baru dan sambung gosok pada permukaan papan pemotong.
5. Seterusnya tuangkan cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran pada papan pemotong hilang. Boleh guna berus besi untuk menyental supaya kotoran cepat hilang.
6. Bilas sehingga bersih. Hasilnya papan pemotong akan kelihatan bersih dan seakan baru dibeli.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Youtube CrazyIndianHacker
Baca juga: Tips Hilangkan Periuk Hangit & Berkerak. Guna 2 Bahan Je, Periuk Kembali Berkilat!