cara cuci microwave

Ramai tak tahu cara cuci microwave kan? Bukan sekadar lap-lap saja. Boleh dikatakan kebanyakan rumah mempunyai microwave. Senang bila nak panaskan makanan.

Tapi paling renyah bila nak bersihkan kotoran yang melekat tu. Bukan senang nak sental kerak-kerak dan sisa minyak. Bila tak cuci dengan betul, bau yang tidak menyenangkan akan muncul.

Rupanya anda hanya perlu menggunakan beberapa bahan dapur yang mudah untuk membersihkan microwave. Bau pun akan lebih harum dan segar.

Jom ikuti tips bersihkan microwave yang dikongsikan oleh Aina Syafiqka di bawah.

Cara Cuci Microwave, Bau Lebih Segar & Wangi

“This is how I deep clean the microwave. Please excuse the inside my microwave okay.

I still guna cara ni everytime nak bersihkan microwave. Suka! Sebab nanti bau segar and fresh je. I tak de sukatan, main letak je.”

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sebiji lemon
  • Cuka makan
  • Sabun cuci pinggan
  • Air secukupnya
  • Kain lap

Cara-cara:

1. Potong lemon dah perahkan jusnya. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk kaca.

2. Masukkaan juga air dan cuka secukupnya.

3. Titiskan beberapa titik sabun cuci pinggan.

4. Kemudian masukkan mangkuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.

5. Bila dah cukup 3 minit, jangan terus buka microwave. Tunggu seketika supaya wap dia merebak.

6. Kemudian baru boleh buka dan lap menggunakan kain.

Siap! Selamat mencuba.

Kredit: Instagram @ainasyafiqka

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN