cara cuci kerak kuali

Tak sangka ada cara cuci kerak kuali yang mudah untuk dicuba. Para ibu yang selalu memasak pasti penat nak menghadapi situasi menyental kuali lepas memasak kan? Kadang-kadang sampai sakit tangan nak cuci kerak kuali itu.

Rupa-rupanya, ramai yang tidak tahu tip berguna ini. Cik Puan Amy Rosina ada berkongsi tip yang sangat mudah untuk mencuci kerak kuali dengan cepat.

Baca juga: Bersihkan Senduk Kayu Cara BETUL, Lelaki Ini Kongsi Tip

Dah tak perlu susah-susah gosok sampai sakit tangan guna berus dawai. Dapur pun jadi wangi!


CARA CUCI KERAK KUALI

Setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia perkahwinan.

Tak perlu susah payah sental macam nak putus urat lengan sampai luka jari-jari. Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang. Ini saya kongsikan kepada semua. Anda cuma perlukan kapur makan, berus dawai dan pisau. Langkah mencuci boleh ikut di bawah.

cara cuci kerak kuali

Nak lebih mudah, lagi lama rebus lagi mudah tanggal.

1. Apa yang anda perlukan adalah kapur makan. Kalau tak pasti kapur yang macam mana, senang saja, kapur yang dimakan bersama sirih itu.

2. Letakkan kapur di bahagian belakang periuk yang hitam yang berkerak.

3. Rebus di dalam air seketika. Lagi lama direbus, lagi mudah kerak tertanggal.

cara cuci kerak kuali

4. Kemudian, anda boleh kikis kerak periuk yang hitam menggunakan pisau. Bila dah direndam bersama kapur, lebih mudah untuk kerak tersebut keluar.

5. Dah siap kikis, bilas dengan air dan berkilat.

6. Memang nampak macam periuk yang baru dibeli!


Semoga tip ini bermanfaat!

Baca juga: Thermo Pot Ada Kesan Kuning? Ini Cara Hilangkan Guna SATU Bahan Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN