kain lap dapur

Setiap rumah pasti wajib ada kain lap dapur ni. Maklumlah, ada saja nak mengelap tumpahan makanan, kotoran serta sisa makanan di dapur.

Kain ini jika dibiarkan berhari-hari tanpa dibasuh akan menyebabkan kotoran melekat dan berbau masam yang susah nak cuci. Dah sental dengan sabun pun belum tentu hilang.

Sebab itu nak basuh kain lap dapur pun kena ada caranya barulah kotoran hilang. Ini cara mudahnya yang dikongsi oleh Ellie Haji Darus yang juga seorang guru kelas masakan.

Keaedah yang diajarkan ini tanpa perlu merendam atau memberus kain kotor itu tapi hasilnya kain bersih dan bau pun hilang.

Teknik Mudah Cuci Kain Lap Dapur

Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap, yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari!

Biasa bila kain dah kotor kita masuk balik dalam baldi, buh sabun dan air. Biar rendam semalaman. Kadang-kadang jadi bermalam-malam sampai berbau dan berlendir.

Ni cara Ellie. Cuci setiap hari tau. Tiap petang wajib cuci…

1. Sedia kan sebiji periuk khas. Beli kat kedai Eco pun boleh je.

2. Masukkan air dan sabun pencuci. Ellie suka pakai sabun serbuk kain. Kemudian tambah sedikit soda. Kacau-kacau sebatikan.

3. Rebus air atas dapur. Masukkan kain lap tadi tu dan rebus selama 10 minit.

4. Selepas 10 minit, tutup api dan curah air dalam singki.

5. Bilas kain dengan air paip. Sambil itu boleh berus manja-manja saja cukup.

6. Bilas dan perah air kemudian boleh jemur. Bila dah kering kain memang bersih dan wangi.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN