Sayur brokoli merupakan salah satu sayur yang menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak pun suka. Tapi ramai yang tak tahu cara cuci brokoli dengan betul sebelum dimasak kerana ia mengandungi banyak ulat halus yang tersembunyi. Jom lihat cara yang berkesan untuk membuang ulat pada brokoli di bawah.
Baca juga: 3 Tips Pilih Ketam Isi Penuh & Banyak Telur, Baru Puas Hati Makan
Cara Cuci Brokoli Dengan Betul
1. Potong brokoli dan sediakan campuran air dan juga cuka. Rendam brokoli ke dalam air ini selama 15 minit.
Selepas itu anda akan dapat melihat ulat-ulat halus akan terapung di permukaan air. Bilas dan barulah dimasak.
2. Satu lagi cara adalah dengan merendam sayur brokoli dengan air garam selama 30 minit hingga satu jam. Kemudian bilas. Selepas membersihkan brokoli dengan cara ini barulah sayur ini boleh dimasak.
Cuba bayangkan sekiranya kita tidak membasuh bersih sayur ini sebaliknya terus menyajikannya pada anak kecil.
Kredit: sumber, Sakura Hanami