cara buka botol cencaluk

Cara buka botol cencaluk sebenarnya bukan sekadar buka penutup sahaja, tapi kena tahu teknik yang betul supaya tak “meletup” atau terpercik airnya. Ramai yang pernah alami situasi cencaluk tiba-tiba memancut keluar bila dibuka terlalu cepat.

Ini berlaku kerana botol cencaluk biasanya mempunyai tekanan hasil proses penapaian. Bila tekanan ini terkumpul lama, ia boleh menjadi kuat dan akan keluar dengan mendadak bila dibuka.

Sebab itu penting untuk tahu cara buka botol cencaluk yang betul supaya lebih selamat, tak bersepah dan tak “terkejut beruk” apabila ia terpercik sampai ke siling rumah.

Baca juga: Cara Celur Bendi Supaya Kekal Hijau, Rangup & Tak Berlendir, Ini Teknik Yang Ramai Terlepas Pandang

CARA BUKA BOTOL CENCALUK SUPAYA TAK ‘MELETUP’

cara buka botol cencaluk

Bahan-bahan:

  • Botol cencaluk
  • Pisau kecil atau benda tajam yang sesuai
  • Tisu atau kain (untuk lap jika perlu)

Cara-cara:

  1. Pastikan botol cencaluk masih dalam keadaan tertutup rapat.
  2. Ambil pisau kecil, kemudian cucuk perlahan pada ruang kecil di bahagian penutup besi botol.
  3. Biarkan angin atau gas dalam botol keluar sedikit demi sedikit sehingga bunyi “desis” berkurang.
  4. Tunggu sampai tekanan dalam botol benar-benar hilang. Kadang-kadang akan keluar air sedikit, itu normal.
  5. Bila dah rasa stabil (tak ada lagi tekanan kuat), barulah buka penutup botol seperti biasa.
  6. Air cencaluk akan lebih tenang dan tak meletup atau terpercik.

Sumber: Noorhafizah Ismail

Baca juga: Patutlah Suka Buat ‘Port’ Dekat Situ! Rupanya Ini Punca & Cara Halau Semut Dalam Soket Elektrik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN