Udang kering merupakan salah satu rencah yang biasa digunakan dalam masakan. Contohnya mi bandung, lauk pauk bersambal, nasi goreng dan lain-lain.
Jika beli di kedai, harganya boleh tahan mahal juga. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Baru lebih terjamin dari segi kebersihan dan status halal.
Jom ikuti caranya yang dikongsi oleh saudari Suhaila Ishak di bawah. Tak perlu jemur panas, hanya perlu gunakan ketuhar saja. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Sardin Roll Homemade, 3 Cawan Tepung Gandum Boleh Dapat 22 Biji
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.
2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.
3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150°C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.
4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.
5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.
6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Kredit resipi dan gambar: Suhaila
Baca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…