cara buat telur sarang

Siapa yang setiap kali makan laksa penang wajib ada telur sarang ni? Senang je rupanya cara buat telur sarang macam yang biasa beli tu.

Tapi kena pastikan ada acuan roti jala seperti dalam gambar di bawah baru menjadi telur sarang macam di kedai. Ikut je cara-cara membuatnya di bawah. Simple sangat!

Cara Buat Telur Sarang

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 2 sudu air
  • 1 sudu penuh tepung beras
  • Garam

Cara-cara:

1. Pukul semua bahan di atas dan tapis.

2. Kemudian masukkan ke dalam acuan roti jala 3 muncung. Seterusnya jala dalam kuali, pastikan minyak betul-betul panas.

3. Goreng sehingga telur garing dan siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Puspa Hanim

Baca juga: Suka Masak Lemak Telur? Ikut Petua Ini Supaya Telur Elok Tak Pecah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN