cara buat telur mata

Ramai yang selalu goreng telur sewaktu memasak tapi tak pernah tahu tentang cara buat telur mata kerbau yang sempurna.

Telur mata kerbau adalah istilah yang sering digunakan untuk telur ayam yang digoreng dengan minyak yang panas tanpa dikacau terlebih dahulu. Jika di Indonesia, ia lebih dikenali sebagai telur ceplok.

Orang Malaysia cukup sukakan telur mata kerbau sewaktu sarapan dan sering makan bersama nasi lemak. Selain itu, terdapat juga restoran dan hotel yang menyediakan hidangan ini.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Gulung, Siap Gambar Langkah Demi Langkah!

Ramai yang cuba pelbagai cara untuk hasilkan telur mata kerbau seperti menggunakan kuali tanpa lekat, telur berkualiti dan sebagainya tapi tetap gagal membuatnya.

Baru-baru ini, kami telah terjumpa satu cara buat telur mata kerbau yang dikongsikan oleh Diyana Kamaruddin di Facebook dan ternyata hasilnya memang menjadi. Jom kita cuba!

CARA BUAT TELUR MATA KERBAU

1. Panaskan minyak yang banyak lebih kurang dalam secawan.

2. Basuh dulu kulit telur itu, kemudian pecahkan dalam cawan dan pastikan tiada benda asing.

3. Minyak dah panas, tutup api, kemudian masukkan telur. Main curah-curah minyak panas pada telur itu.

cara buat telur mata

4. Agak-agak sudah memenuhi kecairan mata kerbau, angkat. Siap untuk dihidang!

cara buat telur mata

Cara buat telur mata kerbau ini cukup mudah dan hasilnya akan menjadi sempurna jika anda mengikut langkah demi langkah yang dikongsikan tadi.

Sudah sering dengan telur goreng, lama-lama pasti anak-anak jadi jemu juga. Selepas ini, bolehlah anda hidangkan telur mata kerbau pula dan pasti mereka gembira menikmatinya.

Telur mata kerbau ini boleh dijadikan sebagai pelengkap hidangan untuk nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng dan lain-lain. Selain itu, anda juga boleh buat sambal atau masak kicap dengannya.

Jika anda ada keluarga atau kawan-kawan yang masih belum berjaya hasilkan telur mata kerbau, boleh ajarkan cara mudah ini kepada mereka nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Diyana Kamaruddin

Baca juga: Tom Yam Telur Mata, Menu Ringkas Dengan 3 Langkah Ini Wajib Dicuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN