Ada yang rasa nak makan sotong sumbat bakar tak? Apa kata korang follow resipinya di sini.
Mudah sangat cara penyediaannya. Buat sambal macam biasa dan sediakan bahan untuk sumbat sotong.
Memang sedap sangat. Makan dengan nasi putih panas je pun, boleh terangkat dibuatnya!
Baca juga: Cara Cuci Sotong Supaya Kekal Pejal & Tak Berair, Tak Perlu Rebus Lagi Sebelum Masak
Kalau nak makan kat luar boleh tahan mahal juga harganya. Apa kata korang masak sendiri kat rumah. Follow je perkongsian resipi dari Nor Seri Azlina Bustani ni.
Confirm puas hati dengan hasilnya. Lagi sedap dari makan kat kedai ikan bakar tu tau. Duit poket pun jimat!
Nak lagi sedap, korang bakar sotong ni atas daun pisang.
Fuh! Bau wangi ala-ala makan ikan bakar kat kedai. Hari ni masak, esok mesti terbayang nak makan lagi tau.
Kalau korang nak sotong bakar tu lagi pedas, korang boleh masukkan potongan cili api di dalamnya. Barulah nikmat nak makan nanti.
Bahan untuk sumbat sotong:
Bawang merah
Bawang putih
Lada sulah
Telur
2 sudu besar mayonis
Bahan untuk sambal:
Cili kering
Bawang merah
Belacan
Serai sebatang
5 biji buah keras
Air asam jawa
Gula melaka
2 sudu besar santan kotak
Garam
Cara sumbat sotong:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Bila bawang dah separa masak, masukkan telur dan lada sulah.
3. Perasakan dengan garam. Nak letak cili api pun boleh kalau nak pedas.
4. Lepas masak letak 2 sudu besar mayonis.
5. Kemudian, sumbat ke dalam sotong yang dah dibersihkan tadi.
6. Kepala dan badan cucukkan dengan lidi.
7. Kemudian, bakar sotong dalam pan.
8. Ketepikan bila dah masak dan gunting tengah-tengah badannya.
Cara masak sambal:
1. Tumis sambal seperti biasa.
2. Bila sambal dah masak, salutkan sotong dengan sambal.
3. Bakar atas pan sehingga masak. Siap!
Nota tambahan: Sotong ni kena cucuk guna lidi ye. Supaya tak putus-putus bila di gunting-gunting nanti. Sotong akan tercantum sampai lah siap di bakar. Mudah kerja membakar nanti. Telur yang dah sumbat dalam sotong pun tak berterabur. Sotong ni kena gunting. Senang korang nak makan nanti.
Selamat mencuba.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…