serbuk kunyit homemade

Kalau ada yang tanam pokok kunyit di rumah, boleh hasilkan sendiri serbuk kunyit homemade.

Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Sue Tiez di bawah untuk membuat serbuk kunyit.

Yang penting kalau buat sendiri, lebih bersih dan bebas bahan pewarna serta bahan pengawet.

Serbuk Kunyit Homemade

Beberapa hari lepas saya ada tuai kunyit dan share di sini cuba buat serbuk kunyit sendiri. Ini lah hasilnya. Dapat la 1 botol serbuk kunyit dari isi kunyi yang tak seberapa banyak tu.

Warna dan aroma kunyit buatan sendiri lebih terang dan wangi. Yang pasti ia lebih bersih dan bebas bahan pewarna, bebas pengawet dan orginal.

Cara buat:

1. Cuci sebersih-bersihnya kunyit tu guna berus. Tak perlu kupas kulitnya. Kalau guna berus pasti bersih.

2. Potong nipis dan jemur/keringkan (saya ambil masa 2 hari saja untuk keringkan sebab panas terik dari pagi sampai petang). Nak cuba keringkan guna oven atau air fryer pun boleh. Ada kawan-kawan kata boleh. Saya lebih suka cara semulajadi.

3. Selepas kunyit dah betul-betul kering, gunakan pengisar untuk bahan-bahan kering dan blanderkan kunyit tu sampai halus. Kemudian tapis guna pengayak tepung. Kalau perlu ulang berkali2 proses2 ni sampai dapat serbuk kunyit yang dikehendaki.

Ini hasilnya. Sekian.

Kredit: Suez Tiez

Baca juga: Jom Buat Fish Cake Homemade. Dijamin Bersih, Suci & Halal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN