cara buat sate ayam

Waktu petang memang seronok jika dapat makan sate. Selalu beli di luar saja, apa kata hari ini anda belajar cara buat sate ayam dan daging di rumah?

Riena Eris telah kongsikan cara buat sate ayam dan daging di Facebook yang sangat menarik, siap ada tips untuk hasil nampak berkilat dan cantik. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Kuah Kacang Simple, Sesuai Kalau Nak Cepat Waktu Raya

CARA BUAT SATE AYAM DAN DAGING

cara buat sate ayam

Bahan-bahan:

  • 1kg isi ayam (dipotong kiub)
  • ½kg daging lembu (dipotong kiub)
  • 5 bawang putih*
  • 1 bawang besar*
  • 2 inci halia*
  • 4 serai*
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 14 sudu besar gula putih (jika tak nak manis, boleh kurangkan)
  • 3 sudu besar gula merah
  • Sedikit garam

Bahan-bahan kuah kacang:

Cara penyediaan sate:

1. Kisar semua bahan bertanda (*), kemudian bahagikan 2 bekas untuk ayam dan daging.

2. Perapkn semua bahan pada ayam dan daging yang telah dipotong kiub, sebatikan dan perap semalaman dalam peti ais, lebih bertambah sedap jika lama perapnya.

3. Cucuk sate dengan lidi dan bakar dalam air fryer selama 40 minit dengan suhu 180 hingga 200ºC. Jangan buang air perapan sate tadi kerana boleh digunakan untuk kuah kacang.

cara buat sate ayam

Cara penyediaan kuah kacang:

1. Masak semua bahan kuah kacang bersama air perapan sate sehingga pecah minyak.

2. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Siap untuk dinikmati bersama sate!

Tak mengapa jika tiada air fryer kerana anda juga boleh gunakan oven untuk memanggang sate ini, kemudian nikmatilah bersama kuah kacang dan nasi impit.

Bagi mendapatkan hasil yang cantik dan berkilat, anda hanya perlu balik-balikkan sate, kemudian sapukan madu, air, minyak dan sedikit serai.

Selamat mencuba!

Sumber: Riena Eris

Baca juga: Sate Ikan Homemade Dengan Sos Manis, Beli Luar Pun Tak Boleh Lawan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN