cara buat samosa

Cara buat samosa sardin ini memang lain dari lain kerana ada penambahan keju di dalam lipatan samosa.

Jika anda mahukan kelainan, boleh buat di rumah pada bila-bila masa nanti. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.

Baca juga: Tips Buat Karipap Sardin Berjerawat & Rangup, Bila Makan Tak Cukup Satu!

CARA BUAT SAMOSA SARDIN CHEESE

cara buat samosa

Bahan-bahan:

  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Bawang putih (potong dadu)
  • Cili api (dihiris)
  • Sardin tin
  • Serbuk secukup rasa
  • Kentang (jika suka)
  • Limau nipis
  • Kulit popia
  • Cheese slices

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili api sehingga layu.
  3. Apabila bahan tumis sudah layu, masukkan separuh sos sardin.
  4. Perasakan dengan serbuk secukup rasa. Kacau sebati.
  5. Hancurkan isi sardin dan masukkan ke dalam kuali.
  6. Boleh juga letakkan kentang jika suka.
  7. Perahkan limau nipis secukupnya.
  8. Masak hingga kering. Tutup api dan ketepikan.
  9. Ambil satu helai kulit popia. (boleh lihat cara lipat di TikTok atau YouTube).
  10. Letak 1/2 keping cheese atas kulit popia.
  11. Kemudian, letakkan isi sardin dan boleh lipat dengan kemas.
  12. Seperti biasa, di akhir lipatan sapu dengan bancuhan tepung dan air untuk lekatkan.
  13. Selepas selesai melipat, goreng samosa dalam minyak dengan api sederhana besar.
  14. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Karipap Pusing Versi Bulat-Bulat, Comel Sangat Bentuk Macam Ni!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN