Sambal nasi lemak sedap antara perkara yang boleh membuatkan hidangan ini terasa lebih istimewa. Walaupun nasi lemak sudah lengkap dengan telur rebus, ikan bilis dan timun, rasa sambalnya tetap menjadi penentu sama ada kita puas makan atau tidak.

Ada yang suka sambal nasi lemak dengan rasa pedas menyengat, tetapi tidak kurang juga yang lebih gemarkan versi pedas manis. Apa yang penting, sambal perlu cukup rasa dengan gabungan pedas, manis, masin dan sedikit masam supaya tidak terasa terlalu manis atau muak.

Menariknya, untuk menghasilkan sambal nasi lemak yang sedap, tidak perlu pun menggunakan terlalu banyak bahan. Resipi perkongsian ini menggunakan bahan asas seperti bawang, cili kering dan ikan bilis. Daun pandan pula ditambah ketika menumis untuk menaikkan aroma sambal. Memang sesuai dicuba kalau suka sambal nasi lemak homemade!

Baca juga: Resipi Sambal Tomato Tumbuk, Bahan Kena Goreng Dulu Baru Lagi Sedap & Wangi!

CARA BUAT SAMBAL NASI LEMAK SEDAP

sambal nasi lemak sedap

Bahan-bahan:

  • Bawang besar (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Cili kering (dikisar)
  • Ikan bilis
  • Bawang besar (dihiris)
  • Daun pandan
  • Asam keping
  • Gula pasir atau gula Melaka
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Nota: Sukatan bahan boleh disesuaikan mengikut jumlah sambal yang ingin dimasak dan tahap kepedasan yang digemari.

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga separuh garing. Angkat dan ketepikan terlebih dahulu.
  2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering. Pastikan minyak mencukupi supaya cili dapat dimasak dengan sempurna.
  3. Masukkan daun pandan dan teruskan menumis sehingga bahan kisar pecah minyak, garing serta tidak berbau mentah.
  4. Tambahkan gula pasir atau gula Melaka mengikut tahap kemanisan yang disukai. Jika menggunakan cili yang sangat pedas, boleh sesuaikan jumlah gula supaya rasa sambal lebih seimbang.
  5. Apabila cili sudah masak dan garing, masukkan ikan bilis goreng serta bawang besar yang telah dihiris. Gaul sehingga semuanya sebati.
  6. Masukkan asam keping dan gaul seketika supaya rasa masam meresap ke dalam sambal. Kemudian, keluarkan semula asam keping supaya sambal tidak menjadi terlalu masam.
  7. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukupnya. Kacau dan rasa sambal untuk memastikan gabungan pedas, manis, masin dan masam benar-benar seimbang.
  8. Apabila sambal sudah masak dan mencapai rasa yang diinginkan, tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak panas.

Sumber: Sha Anuar Al-Yahya

Baca juga: Sambal Belacan Yang Sedap Ikut Cara Arwah Mak, 2 Tip Ini Buat Aromanya Lebih Menyengat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending