Categories: Resipi

Cara Buat Sambal Kicap Power, Makan Dengan Apa Saja Pun Pasti Sedap!

Resipi sambal kicap power hasil perkongsian oleh Ida Hassan ini nampak biasa je, tapi sebenarnya ada ramuan istimewa yang membuat ia jadi lebih sedap dan rasa ‘luar biasa’. Siapa yang kurang mahir buat sambal kicap, bolehlah cuba resipi di bawah ini.

Sesuai dimakan dengan apa saja seperti pisang goreng, soto, mihun sup dan sebagainya. Malah jika disimpan dalam peti sejuk, sambal ni boleh tahan hingga sebulan. Memang berbaloi kan?

Baca juga: Cara Buat Sambal Belacan Tomyam Padu, Resipi Ori Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!

RESIPI SAMBAL KICAP POWER

Bahan-bahan:

  • 1 genggam cili padi
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji limau kasturi ( pilih buah yang masak)
  • 1 cawan kicap manis
  • 2 sudu gula pasir

Cara memasak:

  1. Ambil limau kasturi, belah dua dan buang bijinya bagi mengelakkan sambal menjadi pahit.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar lumat. Untuk limau kasturi, masukkan 2 biji sahaja. Satu biji lagi hanya perah jusnya sahaja dan kulit dihiris halus.

  3. Bila siap dikisar, masukkan kulit limau yang dihiris tadi ke dalam campuran sambal kicap.

  4. Letak sambal kicap dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dinikmati.

Kredit resipi: Ida Hassan

Baca juga: Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago