Jika sebelum ini kita selalu menonton tv sambil mengunyah jajan kan? Apa kata selepas ini jom tukar kepada salad buah yang mengeyangkan ini pula bagi menggantikan jajan.
Salah buah bukan sahaja sedap dan menyegarkan, tetapi baik untuk kesihatan tubuh badan lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.
Resipi Salad Buah Yang Menyenyangkan
Bahan-bahan:
- Sebiji epal, sebiji lai, sebiji pir, sebiji oren (Apa-apa buah pun boleh, ikut selera masing-masing)
- Setengah tin susu cair
- Satu botol yogurt (130g)
- 5 sudu besar mayonis
Cara-cara:
1. Potong dadu semua buah-buahan.
2. Masukkan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan susu cair, yogurt dan mayonis. Gaul hingga mesra kemudian bolehlah masukkan ke dalam peti ais. Nyaman bila di makan dalam keadaan dingin.
Kredit: Ani Zam