Categories: Resipi

Cara Buat Roti Jala Guna Sukatan Cawan, Boleh Dapat 85 Keping!

Cara buat roti jala ini tidak susah mana, namun ada teknik dan petua yang perlu diikuti untuk mendapatkan tekstur roti jala yang lembut dan tidak cepat rosak.

Roti jala merupakan salah satu sajian popular yang dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri, biasanya digandingkan dengan kari ayam atau daging.

Jom cuba buat dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh pengguna Facebook, Nur Nabilah JailaniĀ ini. Roti jala bukan sahaja boleh bertahan lama, bahkan ia kekal lembut walaupun sudah semalaman.

Baca juga: Jenis Anyaman Ketupat Yang Boleh Belajar Untuk Raya Ini, Jom Cuba!

CARA BUAT ROTI JALA SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1.8 liter air
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1/4 sudu kecik pewarna kuning lemon

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan kecuali tepung. Kacau sebati sehingga gula dan garam cair. Kemudian baru masukkan tepung gandum, kacau sebati menggunakanĀ whisk.

2. Bila dah dikacau sebati, rehatkan adunan selama 15 hingga 30 minit. Dalam tempoh itu, kacau-kacau manja selang 5 minit untuk pastikan tepung tidak berketul.

3. Sedia untuk dijala di atas kuali. Bila dah masak, angkat dan terus digulung. Ulang langkah sehingga adunan habis.

4. Guna kuali non stick supaya adunan tidak melekat. Selamat mencuba!

Kredit: Nur Nabilah Jailani

Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago