Petang-petang macam ni sedapnya makan roti gula rangup cicah kopi ‘o’ atau teh ‘o’ kan. Bila dah makan satu, memang susah nak berhenti makan.
Sebenarnya mudah saja kalau mak-mak nak buat sendiri di rumah. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Jauharatuddini Taib di bawah ini sebagai panduan. Semoga bermanfaat!
1. Potong roti kepada empat bahagian.
2. Sapu buttercup, nak guna margerin pun boleh terpulang ikut citarasa.
3. Bila dah siap sapu butter, taburkan pula sedikit gula pasir.
4. Bakar guna air fryer, guna oven pun boleh. Bakar selama 10 minit pada suhu 180℃ terlebih dahulu, jika belum garing boleh tambah sedikit lagi masa. Tengok pada warna roti tu nanti.
5. Rupa bila dah siap bakar.
Selamat mencuba!
Kredit: Jauharatuddini Taib
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…