Rupanya mudah sangat nak buat roti diet homemade. Hanya 70 Kcal sekeping, sesuai untuk mereka yang dalam proses menurunkan berat badan.
Bukan itu saja, roti ini juga sangat sedap dan lembut. Ngam dicicah dengan kari atau kuah asam pedas. Nak buat sandwich pun boleh.
Kalau ada yang nak cuba buat, ikut saja cara-caranya hasil perkongsian oleh Asrinna Bakri di bawah.
Dalam gambar buat 2 adunan menghasilkan 16 keping roti.
1. Satukan air suam, susu tepung, gula dan yis. Kacau sebati. Biarkan sehingga yis mengembang dan berbuih halus.
2. Dalam mangkuk adunan, satukan tepung, garam dan minyak. Tuangkan campuran yis tadi sikit demi sikit. Gunakan senduk atau spatula. Adunan memang akan sedikit melekit.
3. Setelah menjadi doh, tutup dan diamkan adunan selama 1 jam atau hingga kembang 2 kali ganda.
4. Bahagikan kepada 16 bahagian. Tabur skit tepung jika adunan melekat di tangan. Anggaran 35g – 40g sebiji.
5. Bulat-bulatkan dan diamkan sebentar.
6. Canaikan dan rehatkan selama 10 minit. Masa canai tu tabur sikit tepung supaya tidak melekat.
7. Panaskan kuali leper dengan api perlahan. Masak sebelah bahagian anggaran 1-2 minit sebelum diterbalikkan.
8. Roti sihat ni sesuai dimakan cicah dengan kuah atau dijadikan poket isi dengan protein dan sayuran kegemaran korang. Kalori sekeping roti diet kosong tanpa kuah atau isi : 70 kcal.
Anak-anak pula suka dibuatkan sandwich. Tebuk poket pada roti. Sapu mayonis dan butter. Sumbatkan scrambled egg, cheese dan salad. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.
Kredit: Asrinna Bakri
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…