Rabokki atau kombinasi tteobokki dan ramen ini sangat sesuai dijadikan snek minum petang.
Terliur je tengok diorang makan, so kalau kita masak sendiri dapat makan panas-panas. Nak makan kat kedai, entah nya bila dapat!
Baca juga: Resipi Tteokbokki Macam Dalam K-Drama, Rasa Pedas Manis Yang Sedap!
Nampak sedap kan?
Jom kita tengok resepinya yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli melalui Facebook beliau ini.
Bahan-bahan:
Kiub pati ikan bilis
Kek beras Korea
Pes cili Korea (campuran pes Gochujang, serbuk Gochugaru, gula dan kicap)
Mi segera
Sosej
Seaweed / keju (jika suka)
Campuran pes cili
Untuk membuat pes cili Korea, campurkan saja bahan-bahan ini dan kacau sebati.
2 sudu makan pes Gochujang (Cili peram Korea)
1 sudu makan serbuk Gochugaru (Kepingan halus cili kering Korea)
1 sudu besar gula putih atau madu
3 sudu besar kicap cair
Cara-cara memasaknya:
1. Rebus air bersama kiub pati ikan bilis sehingga mendidih.
2. Masukkan beberapa ketul kek beras korea, biarkan seketika.
3. Kemudian tuang semangkuk kecil campuran pes cili korea.
4. Kacau masakan sehingga kuah berwarna merah. Biarkan mendidih selama 5 minit.
5. Apabila kuah menjadi sedikit pekat, boleh masukkan mi segera 1 paket. Saya belah dua supaya cepat masak.
Tambahkan sosej jika suka.
6. Boleh hidangkan dengan telur rebus dan kepingan rumpai laut. Sekiranya anda peminat keju, boleh tambah keju ke atas masakan.
Sedia dihidang.
Sesuai untuk orang bujang yang mahukkan makanan simple ketika tengah hari atau makan malam.
Sambil-sambil tu bolehlah layan kdrama~
Selamat mencuba!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…