
Cara buat pulut durian sebenarnya sangat mudah jika anda tahu teknik yang betul. Bagi yang selalu ingat pulut perlu direndam berjam-jam sebelum dimasak, perkongsian ini mungkin akan mengejutkan anda.
Seorang wanita berkongsi cara memasak pulut menggunakan periuk nasi sahaja dan hasilnya tetap lembut, cantik serta berlemak. Paling menarik, pulut tersebut tidak perlu direndam terlebih dahulu.
Baca juga: Tips Masak Pulut Kuning Tahan Lama & Tak Mudah Basi, Sampai Esok Masih Berkilat!
CARA BUAT PULUT DURIAN GUNA PERIUK NASI

Perkongsian oleh Mastura Mukhtar di Facebook ini mendapat perhatian ramai kerana kaedahnya yang mudah dan menjimatkan masa. Menurutnya, ini merupakan kali pertama beliau mencuba memasak pulut menggunakan periuk nasi.
“First time masak pulut durian guna rice cooker memang menjadi lembut elok. Jimat masa xpayah rendam dulu.”
Jika anda ingin mencubanya sendiri di rumah, berikut ialah bahan dan cara penyediaannya.
Bahan-bahan:
- 1 cawan pulut susu
- 1 cawan air
- ⅓ cawan santan
- Sedikit minyak
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 1 hingga 2 helai daun pandan
Cara-cara Penyediaan:
1. Basuh pulut sehingga bersih dan toskan.
2. Masukkan pulut ke dalam periuk nasi.
3. Tuangkan air dan santan ke dalam periuk.
4. Masukkan sedikit minyak, gula dan garam mengikut citarasa.
5. Ikat daun pandan dan masukkan ke dalam campuran pulut.
6. Gaul sebati semua bahan.
7. Tekan butang memasak seperti biasa.
8. Apabila pulut masak, kacau perlahan-lahan supaya santan sekata.
9. Tutup semula periuk selama beberapa minit sebelum dihidangkan.
Pulut yang dihasilkan akan menjadi lembut dan berlemak walaupun tanpa proses rendaman.
Tips Supaya Pulut Lebih Sedap
- Gunakan pulut susu untuk mendapatkan tekstur yang lebih lembut.
- Jangan terlalu banyak air kerana pulut boleh menjadi terlalu lembik.
- Santan pekat akan memberikan rasa lebih lemak dan wangi.
- Daun pandan membantu menaikkan aroma pulut ketika dimasak.
- Jika suka rasa manis, boleh tambahkan sedikit gula mengikut citarasa.
Pulut yang siap dimasak boleh dinikmati bersama isi durian segar dan kuah santan. Gabungan pulut yang lembut, santan berlemak dan durian yang manis sememangnya menjadi kegemaran ramai.
Bagi yang sedang mencari cara buat pulut durian yang mudah, cepat dan tidak renyah, kaedah menggunakan periuk nasi ini memang berbaloi untuk dicuba di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Mastura Mukhtar
Baca juga: Ada Lebihan Durian Di Rumah? Cuba Buat Talam Durian Ini, Mudah Dan Menjadi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














