Categories: Resipi

Resipi Puding Kek Batik Lembut, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Pasti ramai yang sudah biasa makan kek batik, bukan? Kali ini, jom kita cuba cara buat puding kek batik pula. Dengan cara penyediaan yang ringkas dan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh mencipta pencuci mulut yang menarik dan sedap.

Puding berlapis ini sangat enak dimakan sejuk-sejuk dan pasti akan memikat selera semua. Hidangan ini juga kan menjadi kegemaran keluarga, terutama bagi mereka yang suka pencuci mulut yang manis dan lembut.

Baca juga: Resipi Puding Jagung Kastard Guna 4 Bahan, Sedap & Lembut Bergedik

CARA BUAT PUDING KEK BATIK

Bahan-bahan:

  • 200 gram biskut marie
  • 10 gram agar-agar serbuk
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 1/2 buku buttercup
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 8 sudu besar milo
  • 1/4 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Blend susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla, dan tepung kastard. Ketepikan.
  2. Bancuh serbuk koko dan Milo dengan sedikit air suam. Ketepikan.
  3. Masak serbuk agar-agar dengan air hingga serbuk agar-agar larut dan mendidih.
  4. Masukkan Buttercup dan kacau hingga Buttercup cair.
  5. Masukkan bahan yang telah diblend dan kacau hingga sebati. Pastikan api perlahan kerana adunan ini akan menjadi pekat. Sentiasa kacau.
  6. Masukkan serbuk koko dan Milo yang telah dibancuh tadi. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. Masak hingga berkilat dan ada meletup-letup. Ini menandakan puding telah masak. Tutup api.
  7. Alas loyang 7″ x 7″ dengan plastik. Biarkan plastik lebih di bahagian kiri dan kanan supaya memudahkan pengeluaran puding nanti.
  8. Masukkan adunan puding (lapisan koko) ke dalam loyang dan ratakan keseluruhan permukaan.
  9. Susun Roti Marie satu persatu di atas lapisan koko. Boleh patahkan sedikit jika ada ruang kosong.
  10. Masukkan lagi adunan puding (lapisan koko) dan susun Roti Marie seperti tadi.
  11. Ulang proses yang sama sehingga habis. Pastikan lapisan atas sekali adalah lapisan koko.
  12. Sejukkan.
  13. Setelah sejuk, simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Muhammad

Baca juga: Cara Buat Puding Strawberry Yang Kurang Manis, Tak Muak Bila Makan

Wan N

Recent Posts

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

2 hours ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

2 hours ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

2 hours ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

18 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

18 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

18 hours ago