puding karamel

Sesiapa saja sukakan Puding Karamel kerana rasanya yang lembut, licin dan manis. Tapi tak ramai yang tahu cara buat Puding Karamel yang betul.

Ramai guna cara kukus ketika buat Puding Karamel, oleh sebab itu kadang-kadang pudingnya lubang-lubang. Mungkin suhu terlalu tinggi jika dikukus.

Nak buat puding sedap dan berbentuk cantik bukan mudah, tapi tak mustahil jika anda ikut cara yang dikongsikan oleh Marina Ismail di Facebook ini.

Cara buat Puding Karamel yang dikongsikan bukanlah biasa-biasa kerana ia menggunakan bain-marie atau water bath. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Puding Karamel Tanpa Guna Telur, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

CARA BUAT PUDING KARAMEL

puding karamel

 

 

Bahan-bahan lapisan gula karamel:

  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Bahan-bahan puding telur:

  • 5 biji telur saiz B
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 150ml air
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Sedikit esen vanila (kalau tak nak hanyir)

Cara-cara:

1. Masukkan gula dalam loyang pembakar. Letak atas api kecil aje atas dapur. Ada orang letak air untuk larutkan dulu gula dan kemudian biarkan sampai ia bertukar warna perang.

2. Tapi ada juga orang tak letak pon air 2 sudu tu. Mana-mana pun boleh. Tapi kene kacau selalu supaya tak hangit. Kita nak warna perang sikit-sikit aje. Kalau pekat sangat atau hangus, nanti pahit jadinya puding ni.

3. Bila gula dah cair dan mula bertukar warna perang, gerakkan loyang supaya karamel rata sesetiap sudut loyang.

4. Sejukkan lapisan gula ini. Ia akan bertukar menjadi keras. So biarkan sementara kita sediakan bahan pudingnya.

5. Untuk lapisan puding telur, campurkan je semua bahan dan pukul rata. Tak perlu sampai kembang sebab kita tak nak angin dalam adunan tu.

6. Kemudian tapis kan supaya puding yang kita jadi licin.

7. Masukkan dalam loyang. Masak guna kaedah bain-marie atau water bath dalam oven (loyang puding, tenggelamkan dalam loyang lebih besar berisi air, bakar 170ºC api atas bawah) selama 45 hingga 50 minit. Siap!

puding karamel

Cara buat Puding Karamel ini sesuai buat mereka yang baru belajar membuatnya. Selepas ini dijamin tak gagal lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Marina Ismail

Baca juga: Mudahnya Resipi Puding Karamel Ni, Tanpa Guna Telur & Tak Perlu Kukus Pun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN