Categories: Resipi

Resipi Nasi Goreng Cili Kering Tanpa Sayur, Tambah ‘Bahan Ini’ Rasa Lagi Nikmat!

Cara buat Nasi Goreng Cili Kering ini cukup mudah. Yang paling penting, ia tidak memerlukan banyak bahan, termasuklah sayur.

Jika ingin menghasilkan nasi goreng yang lebih sedap, anda boleh menambah lebihan lauk ikan goreng yang tidak habis dimakan.

Walaupun ringkas, hidangan ini mampu membuat sesiapa sahaja ingin makan bertambah-tambah. Jom kita cuba buat!

Baca juga: Cara Masak Nasi Goreng Legend Ala Tahun 70an, Ringkas Tapi Sangat Lazat!

CARA BUAT NASI GORENG CILI KERING

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Ambil bahan-bahan yang telah disenaraikan, iaitu cili kering, bawang kecil, bawang putih, ikan bilis, dan belacan.
  2. Tumbuk semua bahan menggunakan lesung batu secara kasar atau halus.
  3. Jika ada baki ikan goreng, boleh juga ditumbuk sekali.
  4. Kemudian, rumis bahan yang ditumbuk hingga masak dan garing.
  5. Setelah bahan tumisan garing, pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau telur hingga masak.
  6. Tambahkan nasi yang telah dimasak dan jika ada, sayur-sayuran pilihan. Pastikan nasi dipisahkan agar tidak berketul, dan gaul rata dengan bahan-bahan lain.
  7. Tambahkan garam atau perasa lain mengikut cita rasa.
  8. Kacau rata sehingga semua bahan tercampur dengan baik dan nasi goreng mencapai rasa yang diinginkan.
  9. Setelah semua bahan digaul rata dan masak, angkat dan hidangkan dalam pinggan.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zyda Arshad

Baca juga: Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago