Categories: Resipi

Cara Buat Minyak Bijan Homemade, Lebih Jimat Dengan 2 Bahan Saja!

Minyak bijan adalah antara bahan yang sering digunakan untuk jadi penyedap dalam masakan. Pernahkah anda terfikir tentang cara buat minyak bijan sendiri di rumah?

Selain dalam masakan, minyak bijan juga sering digunakan dalam penjagaan kulit kerana khasiat yang terkandung di dalamnya.

Walaupun lebih mudah dengan membeli minyak bijan di kedai, namun jika buat sendiri, anda boleh memastikan kesegaran dan kualitinya.

Selain itu, nilai nutrisi dalam minyak bijan termasuk asid lemak penting, vitamin, dan mineral lebih terpelihara jika dibuat sendiri di rumah.

Anda boleh gunakan cara buat minyak bijan ini pada bila-bila masa yang anda nak. Ia semestinya bakal menjadi bahan yang serba guna di dapur anda.

Baca juga: Cara Buat Minyak Dari Kulit Ayam, Wangi & Masak Apa Pun Sedap!

CARA BUAT MINYAK BIJAN HOMEMADE

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Cuci, toskan bijan dan sangai sekejap untuk keringkan air yang dibasuh.

2. Kisar dengan menggunakan pengisar kering.

3. Apabila sudah agak halus, masukkan ke dalam 2 cawan minyak masak. Jangan panas kan api dulu.

4. Kacau supaya serbuk bijan itu sebati dalam minyak masak dan barulah buka api sederhana.

5. Kena sentiasa kacau bijan dalam minyak masak supaya biji bijan tak hangit di bahagian bawah.

6. Apabila bijan sudah keperangan, boleh tutup api, kemudian kacau lagi sebab minyak masih panas.

7. Tutup periuk dan biarkan sejuk dulu, kemudian apabila sudah sejuk, boleh tapis minyak bijan. Nak tapis pun kena kacau dan tinggalkan sehingga tinggal hampas bijan saja. Siap!

Jangan buang hampas bijan kerana ia masih boleh dimasukkan dalam masakan. Beginilah cara untuk lebih berjimat di dapur.

Selain daripada menumis, anda boleh gunakan minyak bijan dalam salad, merendam daging, membuat sos, bakar roti, sup dan kari.

Dengan menggunakan cara buat minyak bijan ini, hidangan anda akan mempunyai rasa yang lebih unik dan mendalam.

Selamat mencuba!

Sumber: UmiSarah AbdulRashid

Baca juga: Cara Buat Serbuk Pati Ayam Homemade. Bebas Gula, Garam, MSG & Bahan Pengawet!

Aimi

Recent Posts

Ikan Siakap Pedas Manis, Lauk Ini Buat Satu Keluarga Makan Sampai Berselera!

Sudah sering pesan di restoran, jadi sekali-sekala bolehlah cuba masak Ikan Siakap Pedas Manis yang…

5 hours ago

Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana…

6 hours ago

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

6 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

6 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

7 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

7 days ago