mi wantan

Siapa je yang tak suka makan Mi Wantan kalau tengah mencari chinese cuisine. Mesti ramai penggemar resipi ini kan?

Pernah tak korang mencuba resepi mee wantan kicap bersama dumpling ayam? Tak pernah? Ini memang resipi yang korang patut simpan siap-siap.

Mi wantan yang akan dikongsikan hari ini digabungkan dengan hidangan dumpling ayam yang diperbuat dari kulit wantan frozen.

Baca juga: Resipi Mi Kicap Sedap Yang Amat. Lagi Padu Bila Ada Ayam Goreng Perap

Cara penyediaannya sangatlah mudah dan boleh dipelbagaikan cara masaknya.

Tapi, kali ini mari kita ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puteri Hana Sofia melalui laman facebooknya.

Rasa tak sabar nak mencubanya. Sebab dilihat pada gambar saja sudah cukup menyelerakan.

Kepada yang tak gemar makan nasi waktu malam, apa kata anda cuba resipi ini. Sedap tau!

Resipi Mi Wantan Kicap Dengan Dumpling Ayam


Bahan Mi Wantan Kicap:

  • Mi wantan – dicelur
  • Sayur sawi – dicelur
  • Isi ayam bahagian dada – digoreng
  • Udang – digoreng
  • Halia -dihiris
  • Lobak merah – dicincang
  • Bawang putih – dihiris
  • Bawang holland – dicincang
  • Cili padi / lada hitam – ikut selera masing-masing
  • 1 sudu sos seafood/tiram
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • Bancuhan air tepung jagung – untuk pekatkan kuah

Bahan dumpling ayam:

  • Kulit wantan frozen
  • Isi ayam – dicincang
  • Lobak merah – dihiris
  • Cili padi/lada hitam – ikut selera masing-masing
  • 1 sudu sos seafood
  • 1 sudu serbuk paprika
  • 1 sudu oregano
  • Halia – dicincang
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • 1 sudu serbuk kayu manis – ikut selera masing-masing
  • Secubit garam

Cara penyediaan kuah kicap:

1. Tumis bawang putih, bawang holland sehingga kekuningan dan titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, cili padi, kicap manis dan kicap pekat.

2. Kemudian, perasakan garam dalam kuah kicap dengan secukup rasa.

3. Masukkan air bancuhan tepung jagung, kuahnya biar agak pekat sikit, Masak sehingga kuah mendidih dan ketepikan.

Cara penyediaan dumpling ayam:

1. Satukan ke semua bahan dumpling ayam kecuali kulit wantan. Gaul sampai rata dan ketepikan.

2. Masukkan inti dumpling ayam atas kulit wantan dan kemaskan ikut creativity masing-masing.

3. Panaskan minyak dan goreng sampai warna keemasan. Tos dan ketepikan.

Cara penyediaan mi wantan kicap:

1. Masukkan mee wantan yang telah ditos tadi ke dalam mangkuk.

2. Gaulkan dengan sedikit kuah kicap. Kemudian tuang dalam mangkuk.

3. Ayam yang digoreng tadi, dihiris nipis susun di atas mee bersama sayur dan udang.

4. Akhir sekali, tuang sedikit kuah kicap tadi. Hiaskan hidangan dah siap!

Selamat mencuba!


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN