Rupanya senang sangat cara buat mee kuning di rumah. Yang paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan.
Dengan hanya menggunakan 4 bahan utama iaitu tepung gandum, garam, telur, dan serbuk kunyit, anda boleh sediakan mee kuning sendiri.
Yang penting, kalau buat sendiri dijamin lebih bersih, selamat dan suci. Jom lihat cara membuatnya seperti perkongsian oleh Anne Tay di bawah.
Baca juga: Cara Simpan Mi Kuning, Kuetiau & Laksa, Boleh Tahan Sampai 3 Minggu!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. GAULKAN BAHAN
Pertama sekali, gaulkan semua bahan sampai menjadi doh dan tak melekat di tangan.
2. BAHAGI DOH KEPADA BAHAGIAN KECIL
Seterusnya, potong doh kepada 4-5 bahagian.
3. CANAIKAN
Kemudian, canaikan satu-satu hingga nipis. Bila dah puas hati, potong halus-halus guna dengan menggunakan pisau.
4. REBUS
Pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mee ke dalam air. Rebus dalam jangka masa seminit dua saja. Jangan terlalu lama ya, nanti mee jadi lembik.
Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah aliran air paip sejuk supaya memberhentikan mee daripada terlebih masak.
5. Ulangi proses ini hingga doh habis.
6. GORENG SEPERTI BIASA
Bila dah ada mee, bolehlah sediakan bahan untuk menggoreng mee seperti biasa.
Sumber: Anne Tay
Baca juga: Mi Goreng Lada Hitam, Resipi Campak-Campak Tapi Rasa Mantap!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…