Categories: Resipi

Cara Buat Masak Cuka Ikan Berkuah Sedap, Guna Resipi Ini Pasti Jadi!

Kadangkala tekak teringin makan lauk masam manis bersama nasi panas. Oleh itu, kami cadangkan anda buat lauk Masak Cuka Ikan pada hari ini.

Lauk Masak Cuka Ikan ini boleh dikategorikan sebagai hidangan yang cukup sinonim dengan masakan orang lama dan sering dijadikan sebagai lauk berpantang.

Jika anda belum pernah makan lauk ini bersama nasi, boleh cuba cara buat Masak Cuka Ikan yang dikongsikan oleh Nur Masri di Facebook ini.

Baca juga: Cara Simpan Ikan Paling Mudah, Lebih Sebulan Pun Nampak Segar Lagi

CARA BUAT MASAK CUKA IKAN

Bahan-bahan:

  • Bawang besar (dipotong bulat)
  • Bawang merah (dimayang)
  • Halia (dihiris halus)
  • Bawang putih (dihiris )
  • Biji sawi
  • Cili hijau dan merah
  • Bawang merah kecil
  • Cuka (boleh ganti dengan asam jawa jika perut tak tahan cuka)
  • Garam
  • Gula
  • Perasa masakan (jika suka)
  • Timun
  • Ikan yang telah digoreng (semua jenis ikan boleh gunakan)

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang besar, bawang putih yang diketuk, halia yang dihiris halus sampai wangi dan masukkan biji sawi.

2. Masukkan air secukupnya dan kemudian masukkan cuka. Waktu ni boleh masukkan gula, garam dan perasa (jika suka). Kena letak banyak gula untuk seimbangkan dengan rasa cuka. Kemudian masukkan timun.

3. Apabila air sudah menggelegak, masukkan ikan goreng yang telah digoreng garing.

4. Seterusnya masukkan cili hijau, cili merah dan bawang kecil. Bawang kecil dimasukkan akhir skali untuk bagi impak rasa rangup apabila makan, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang!

Jika anda nak buat lauk Masak Cuka Ikan yang tahan lama, ikan kena digoreng sehingga garing dan banyakkan cuka.

Anda yang sukakan pedas boleh masukkan cili padi yang telah diketuk semasa menumis. Semakin lama, lauk ini akan semakin sedap kerana rasa yang sudah sebati.

Lauk ini mempunyai rasa yang masam dan manis, jadi kena pandai seimbangkan mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Ikan Cencaru Masak Kicap, Cuba Sekali Terus Tak Pandang Lauk Lain

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

37 minutes ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

42 minutes ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

60 minutes ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

2 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

5 hours ago