Sesiapa yang suka makan karipap untuk sarapan atau minum petang, pasti teringin tahu cara buat kulit Karipap Pusing yang rangup dan tahan lama.
Cara buat kulit Karipap Pusing ini telah dikongsikan oleh Fatin Salleh di Facebook, siap langkah demi langkah. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Karipap Rangup Sampai Petang, Nak Hasil Berjerawat Cantik Ada Caranya!
Doh 1 (doh minyak):
Doh 2 (doh air garam):
Cara membuat doh 1:
1. Gaulkan tepung gandum dengan minyak sehingga menjadi doh lembut dan tak peroi (sehingga boleh dibuat jadi bebola dan tak melekat pada bekas)
Cara membuat doh 2:
1. Gaulkan tepung gandum dengan air yang telah dicampurkan garam (sehingga boleh dibuat jadi bebola dan tak melekat pada bekas).
2. Masukkan minyak masak sedikit sahaja untuk elakkan adunan tepung melekat.
Cara-cara membuat kulit karipap pusing:
1. Mula-mula, bahagikan Doh 1 dan Doh 2 kepada beberapa bahagian dan bentukkannya menjadi bulat.
2. Kemudian, balutkan doh 1 dengan doh 2. Pastikan doh 2 cukup untuk balut doh 1.
*Doh 2 perlu disediakan lebih supaya boleh membalut doh 1 secukupnya. Masa ni penting sebab tak nak doh koyak semasa gelek doh nanti.
3. Sebelum nak gelek nipis, tekan tekan doh dulu supaya dapat mengurangkan risiko doh terkoyak.
4. Setelah siap digelek lebar dan nipis, potong separuh seperti dalam gambar.
5. Kemudian, gulung rapat.
6. Gulung sampai jadi seperti dalam gambar.
7. Setelah itu, gelek lagi sampai nipis dan panjang.
8. Gulung dari kedua-dua hujung sebab nak dapatkan gulungan yang sama besar dan potong bahagian tengah.
9. Daripada gulungan yang telah siap, potong kecil kecil kepada 5 bahagian. Gelek dan isi inti dan kelim. Siap!
Antara tips ketika membuat kulit karipap pusing ialah:
Selamat mencuba!
Sumber: Fatin Salleh
Baca juga: Resepi Karipap Pusing, Begini Cara Dapat Hasil Pusar Tak Merekah Dan Lebih Garing!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…