kuih pukis

Ada yang pernah makan kuih pukis tak? Mesti korang pernah beli kat pasar malam kan. Orang sekarang buat kuih ni dah dengan pelbagai perisa. Cuba korang follow resepi kuih pukis ni kat sini.

Bolehlah buat di rumah dan makan panas-panas nanti.

Rasa pelik je nama kuih ni. Nampak macam mencarut pun ada. Tapi ada yang kata nama lainnya ialah kuih Apam.

Yang penting kuih ni memang sedap. Lagi-lagi kalau di taburkan coklat rice diatasnya.

Baca juga: Cara Buat Apam Puri Inti Kastard Jagung Guna Acuan Karipap

Anak-anak pun tak henti-henti makan. Boleh dijadikan sarapan pagi dan minum petang sekeluarga.

Kuih ni di masak dengan cara bakar menggunakan acuannya. Teksturnya lembut dan bentuknya separuh bulat.

Boleh di pelbagaikan rasa dan warnanya. Contoh rasa pandan dan di tambah sedikit dengan pewarna. Semua terpulang ikut cara masing-masing.

Jom ikuti resipi dari perkongsian Lydia Na Kitchen. First time saya nampak kuih ni terus terasa nak share kat korang.

Bolehlah korang buat bila-bila masa free di rumah. Mudah dan simple je cara penyediaannya. Adunan di buat ala-ala waffle gitu.

Resipi Kuih Pukis @ Kuih Apam

Bahan-bahan:

  • 1 1/2cwn santan kotak
  • 1 1/2cwn air
  • 1 1/2cwn gula
  • 3 biji telur
  • 4 cwn tepung gandum
  • 1/2sudu teh baking powder
  • 1 1/2sudu teh yis
  • 2 sudu mkn majerin cair
  • 1/2sudu teh garam halus

Cara membuatnya:

1. Satukan yis dengan air suam 1/2 cwn dan kacau-kacau bagi yis larut. Kemudian, biarkan.

2. Masukkkan santan,air, gula, garam ke dalam periuk masak atas api hingga panas.

3. Kacau hingga gula larut, jangansampai mendidih ye. Agak-agak dah panas je tutup api. Biarkan suam-suam baru masukkkan telur dan kacau sebati.

4. Kemudian, masukkkan tepung gandum+baking powder. Kacau lagi sampai takde ketulan-ketulan tepung.

5. Dah sebati masukkkan yis tadi. Diikuti dengan majerin cair. Kacau lagi dan tutup dalam 30 minit.

6. Nak perasa pandan boleh letak paste Pandan coconut dan pewarna hijau.

7. Panaskan acuan sapu majerin baru tuang adunan tadi. Dan taburkan coklat rice. Terpulang nak letak topping apa-apa boleh, tak kisah.

8. Tutup dan bakar dengan api kecil dalam 5-6 minit. Siap untuk di hidang.

Wah! Korang rasa susah ke senang. Senang je kan! Nak bakar dalam satu acuan tu pun tak lama. Dalam 5-6 minit je kuih dah siap di masak.

Ada juga yang buat kuih ni untuk hidangan tetamu di majlis-majlis kenduri, aqiqah dan open house. Mesti laju je habis nanti.

Selamat mencuba.


Sumber: Lydia Na Kitchen

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN