Sesuai makan dengan lauk ikan goreng dan sambal belacan. Bosan juga kan asyik makan sayur tumis kan. Sekali sekala masak santan macam ni barulah syok.
Ala-ala hidangan kampung gitu.
Resipi kali ini min akan kongsikan cara opah min memasak dan tentunya akan buat korang bertambah nasi.
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sayur kubis masak lemak putih ni. Follow je sebijik-sebijik, confirm menjadi!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak ikut style opah:
1. Cairkan santan bersama air. Panaskan di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis.
2. Masukkan kubis, bunga kubis dan lobak merah.
3. Tutup sekejap dan biarkan lembut.
4. Bila dah mendidih, masukkan pula tomato, fucuk dan suhun. Tabur garam secukupnya.
5. Dah siap!
Siap untuk dihidang! Simple, mudah dan cepat. Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya!
Korang boleh adjust nak banyak atau pun sikit kuah sayur ni. Control je kuantiti air yang korang campur dengan santan kat awal-awal step tu nanti.
Selamat mencuba resipi dari opah min.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…