cara buat krim coklat

Mudah saja cara buat krim coklat sendiri di rumah. Ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis pencuci mulut seperti bomboloni, kek, inti donut dan lain-lain.

Selain itu, krim coklat ini juga sesuai disapu pada roti putih untuk sarapan pagi, anak-anak pasti akan menggemarinya.

Kalau ada yang berminat nak mencubanya, ikut saja resipi perkongsian oleh Jalilah Jamaludin di bawah. Yang penting, buat sendiri lagi jimat dan berbaloi-baloi!

Baca juga: Resipi Roti Sosej Gulung Yang Jimat, RM20 Dapat 40 Biji!

CARA BUAT KRIM COKLAT SERBAGUNA

Bahan-bahan:

  • 300gm susu kotak
  • 30gm tepung jagung
  • 20gm serbuk koko
  • 40gm gula – boleh ubah ikut selera masing-masing
  • 80gm coklat bar / bar coklat
  • Secubit garam
  • 15gm mentega

Cara-cara:

1. Bancuh tepung jagung, serbuk koko menggunakan air susu. Sebatikan kesemua bahan sehingga tidak berketul.

2. Kemudian, masukkan gula. Masak sekejap menggunakan api perlahan.

3. Seterusnya, masukkan coklat bar. Adunan perlu sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Kacau sehingga adunan menjadi likat.

4. Krim coklat ini akan bertambah pekat apabila sudah sejuk. Jangan terlampau lama masak di atas dapur.

5. Tutup api. Masukkan mentega dan kacau sebati. Sejukkan dan siap!

cara buat krim coklat

6. Tutup permukaan krim dengan plastik untuk mengelakkan lapisan terbentuk dipermukaan. Sesuai digunakan untuk pebagai jenis hidangan manisan.

cara buat krim coklat

INFO: Simpan krim di dalam peti sejuk. Ia boleh disimpan sehari dua tanpa sebarang masalah. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Jalilah Jamaludin

Baca juga: Buat Sendiri Roti Kukus Viral, Dia Punya Lembut & Gebu Tak Boleh Bawa Bincang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN