cara buat koktail buah

Jika anda ingin buat jamuan di rumah pada musim perayaan dan perlu sediakan pencuci mulut segar untuk tetamu yang datang, bolehlah cuba cara buat Koktail Buah yang lazat ini.

Koktail Buah adalah pencuci mulut yang diperbuat daripada campuran pelbagai jenis buah segar yang dipotong kecil-kecil dan disajikan bersama susu cair dan susu pekat.

Selain itu, Koktail Buah merupakan antara barang jualan yang laku keras terutamanya pada musim perayaan. Tambahan pula, ia boleh dijadikan sebagai idea potluck yang menarik.

Epy Za telah kongsikan resipi Koktail Buah di Facebook dengan menggunakan bahan yang mudah didapati dan hasilnya cukup menyelerakan. Jom kita cuba

Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata

CARA BUAT KOKTAIL BUAH

cara buat koktail buah

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • Nata de coco
  • 1 botol kecil aiskrim soda F&N
  • 1 tin laici
  • 2 paket sumi
  • 1 tin buah-buahan campur
  • 1 tin nenas

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan semua bahan dalam satu bekas.

2. Selepas itu, kacau sampai sebati.

3. Akhir sekali, tambahkan ais supaya lebih sedap. Siap untuk dinikmati!

cara buat koktail buah

Anda boleh gunakan cara buat Koktail Buah ini untuk menyediakan pencuci mulut atau minuman penyegar dalam sebarang jamuan. Setelah minum semangkuk, pasti puas hati nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Epy Za

Baca juga: Koktel Buah Segar Dan Kurang Manis, Boleh Buat Di Rumah Sepantas ABC!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN