keropok lekor homemade

Mudah saja rupanya cara membuat keropok lekor homemade. Baru lagi best dapat makan yang buat sendiri sebab fresh dibuat dari dapur.

Tak susah mana pun cara membuatnya. Tidak menggunakan banyak bahan dan cara-caranya juga sangat ringkas.

Kalau ada yang nak cuba buat sendiri keropok lekor di rumah, jom baca resipi perkongsian oleh Zalina Mustafa di bawah. Confirm jadi!

Keropok Lekor Homemade

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung 1 kg (ambil isi ikan, tak perlu rebus)*
  • 2 sudu teh garam *
  • 2 sudu teh maggi secukup rasa*
  • Sedikit lada sulah*
  • 2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan bertanda (*).

2. Satukan bahan kisar bersama tepung ubi dan tepung gandum.

3. Uli sampai tidak melekat pada tangan.

4. Bila dah sebati, bentuk mengikut saiz kesukaan masing-masing.

keropok lekor homemade

5. Panaskan air dalam periuk dan rebus. Pastikan keropok yang direbus dah timbul baru diangkat dan gaul dengan minyak masak.

keropok lekor homemade

6. Sejukkan dan sedia untuk digoreng.

keropok lekor homemade

Kredit: Zalina Mustafa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN